Material Buku Kami

Bookhero

Jenis Material Kertas

KERTAS SIMILI/ SIMILI PAPER

Kertas simili / simili paper merupakan kertas yang tidak bersalut dengan apa-apa finishing(uncoated peper) mempunyai beberapa pilihan (gsm) antaranya 70gsm, 80gsm & 100gsm.

70gsm merupakan kertas yang paling ringan dan pilihan cost yang paling rendah. Manakala, 100gsm simili pula merupakan pilihan simili yang paling berat.

BOOK PAPER

bookpaper merupakan kertas yang dipanggil dengan nama “premium ivory” atau bookpaper. bookpaper mempunyai beberapa jenis ketebalan seperti 68gsm, 78gsm, 98gsm & 118gsm. warna paper ini kekuningan sedikit dan permukaanya adalah licin. sesuai digunakan untuk cetakan novel, buku travelog & lain-lain.

BULKY PAPER

Bulky merupakan kertas yang mempunyai beberapa ketebalan seperti 60gsm, 70gsm & 80gsm. warna kertas bulky ini adalah berwarna kuning dan mempunyai permukaan yang sedikit kasar. kertas bulky ini adalah ringan tetapi agak sedikit tebal. Sesuai digunakan untuk cetakan pelbagai jenis buku seperti Komik, buku ilmiah, novel dan lain-lain

ART PAPER

Merupakan jenis ‘Uncoated paper’ yang mempunyai tekstur yang licin. Terdapat beberapa pilihan gsm, antaranya 128gsm & 157gsm.

Bookhero

Jenis Binding Bookhero

SADDLE STITCHING

Helaian kertas digabungkan menggunakan binding jenis ‘staples. sehingga 52 muka surat dan boleh dicetak untuk kuantiti yang banyak.

PERFECT BINDING

Menggabungkan helaian kertas menggunakan kaedah ‘adhesive bound’ adalah lebih praktikal dan selamat selain ianya kelihatan lebih menarik dan ekslusif.

HARD COVER BINDING

Mampu melindungi buku dengan bahan kulit buku yang kukuh dan tebal.

WIRE-O

Halaman cover dan mukasurat buku digabungkan bersama dan dimasukkan ke dalam dawai berbentuk “C” yang dipicit sehingga menjadi tulang belakang bulat, membenarkan putaran 360 darjah halamannya.

Bookhero

Jenis Kemasan

GLOW LAMINATION

Lapisan plastik nipis yang memberikan warna lebih pop dan mampu memantulkan cahaya serta melindungi setiap helaian kertas.

MATTE LAMINATION

Lapisan plastik nipis yang menghapuskan pantulan cahaya dan melindungi setiap
helaian kertas.

HOT STAMPING

Hot stamping merupakan satu jenis kemasan yang digunakan diatas permukaan kertas yang melibatkan tampalan foil (gold, silver & dll).

EMBOSS / DEBOSS

Emboss & Deboss merupakan jenis kemasan yang dikenakan keatas permukaan kertas yang menghasilkan efek timbul atau tenggelam yang hadir dari dorongan permukaan kearah atas ataupun bawah.